|
Ditulis oleh administrator
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Ansara Pdrm. Pertama sekali, marilah kita sesama memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana setelah hampir 10 tahun ANSARA PDRM ditubuhkan, kini kita telah mempunyai portal internet sendiri yang dibayai sepenuhnya oleh ANSARA PDRM. Selain daripada itu, terima kasih kepada Unit Teknologi Maklumat Ansara Pdrm kerana bertungkus lumus membuat portal ini bagi memastikan hubungan yang selama ini terjalin sama ada di MRSM atau di portal ini akan dapat dijadikan landasan untuk kita semua bertukar pendapat antara satu sama lain. Insya-Allah, pada masa akan datang pihak pengurusan Ansara Pdrm akan mengambil beberapa orang baru bagi memastikan portal ini akan terus berjalan dari masa ke semasa.  Penubuhan laman web Ansara Pdrm adalah bertujuan untuk bertindak sebagai medium di antara setiap Bekas Pelajar MRSM PDRM. Melalui laman web ini diharapkan agar ikatan silatulrahim di anatara bekas pelajar menjadi semakin erat. Laman web ini juga bertindak sebagai saluran berita di antara persatuan dengan ahlinya. Melaluinya segala berita akan disalurkan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan akan dijalankan. Di harapkan melalui kewujudan homepage ini segala aktiviti persatuan akan menjadi lebih global dan melibatkan setiap bekas pelajar MRSM PDRM.
|