|
Ditulis oleh administrator
|
|
Assalamualaikum dan Salam ANSARA untuk semua,
Sukacita dimaklumkan bahawa ANSARA akan menganjurkan program derma darah pra ramadhan di seluruh negara pada 29-31 Ogos ini. Untuk itu, ANSARA PDRM Kulim akan dipertangungjawabkan untuk menguruskan 2 buat pusat iaitu di Jusco One Utama, Petaling Jaya dan Jusco Permas Jaya, Johor Bahru.
Rasional program derma darah ini diadakan adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan darah semasa musim perayaan Aidilfitri nanti. Kita sedia maklum orang Islam kurang menderma darah pada bulan Ramadhan dan kemalangan juga banyak berlaku pada musim perayaan nanti. Jadi ini adalah sumbangan kembali kita kepada masyarakat dikala mereka memerlukannya. ANSARA telah melakukan program yang sama pada tahun lepas dan kita berjaya mengumpulkan lebih 2000 pint darah.
Untuk itu, rakan-rakan ANSARA PDRM Kulim dijemput untuk sama-sama menderma darah (atau sekurang-kurangnya meramaikan majlis) di hadapan RHB Bank, Jusco One Utama Old Wing pada 30 Ogos 2008 ini (Program berlangsung bermula 29 - 31 Ogos, tapi kalau boleh nak datang beramai-ramai pada 30 Ogos 2008 sambil-sambil buat reunion kecil-kecilan pada hari tersebut). Aturcara pada hari itu :
10.00 Pagi - Pusat Derma Darah dibuka (Boleh mula derma darah)
11.00 Pagi - Movie day out (Tengok wayang ramai-ramai sambil nyanyi lagu maktab!)
2.00 Petang - Sambung derma darah lagi - Interaksi dan sembang-sembang
5.00 Petang - Bersurai atau boleh tengok wayang ramai-ramai lagi
Memandangkan tarikh ini adalah hujung minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan, mungkin boleh ambil kesempatan ini untuk last minute shopping sambil-sambil berjumpa kawan-kawan lama, InsyaAllah.
Kepada rakan-rakan lain di luar sana yang mungkin ingin berbakti juga, mungkin boleh sertai program ini di seluruh negara. Kunjungi website ini untuk mendapatkan maklumat mengenai pusat-pusat yang lain: http://www.ansara.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=127 Jumpa di sana! Ikhlas, ANSARA! Mohd Firdaus Bin Abu Naim ANSARA PDRM Kulim |
|
|
Ditulis oleh administrator
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Ansara Pdrm. Pertama sekali, marilah kita sesama memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana setelah hampir 10 tahun ANSARA PDRM ditubuhkan, kini kita telah mempunyai portal internet sendiri yang dibayai sepenuhnya oleh ANSARA PDRM. Selain daripada itu, terima kasih kepada Unit Teknologi Maklumat Ansara Pdrm kerana bertungkus lumus membuat portal ini bagi memastikan hubungan yang selama ini terjalin sama ada di MRSM atau di portal ini akan dapat dijadikan landasan untuk kita semua bertukar pendapat antara satu sama lain. Insya-Allah, pada masa akan datang pihak pengurusan Ansara Pdrm akan mengambil beberapa orang baru bagi memastikan portal ini akan terus berjalan dari masa ke semasa.  Penubuhan laman web Ansara Pdrm adalah bertujuan untuk bertindak sebagai medium di antara setiap Bekas Pelajar MRSM PDRM. Melalui laman web ini diharapkan agar ikatan silatulrahim di anatara bekas pelajar menjadi semakin erat. Laman web ini juga bertindak sebagai saluran berita di antara persatuan dengan ahlinya. Melaluinya segala berita akan disalurkan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan akan dijalankan. Di harapkan melalui kewujudan homepage ini segala aktiviti persatuan akan menjadi lebih global dan melibatkan setiap bekas pelajar MRSM PDRM.
|
|
|